terkenang,
selalu malam minggu begini, aku seperti biasa telah siapkan kelengkapan esok pagi, jarang sekali aku keluar. ini sebenarnya waktu terbaik aku perlukan untuk rehatkan bada, untuk tenangkan fikiran,aku perlukan kekuatan fizikal dan mental untuk aktiviti hujung minggu aku,
saat ini selalu aku akn siapkan suit aku, kilatkan helmet, siapkan glove, kasut.. prepair document penting. ic. lesen roadtax.....
lepas tu aku akan check moto aku, perisa suma skrew, tayar, minyak hitam, mandikan motor, bualx2 sambil pujuk dia.., walaupun motor tak bernyawa.. selain dari tawakal, kita perlu fahaminya, rasa selesa dan percaya pada nya..
sebab itu simboliknya kita buat macam tu supaya rasa percaya itu makin tebal..
bawak motornya nyawa orang kata pada tayar depan. dan sebab itu kita kena percaya pada motor kita,
kata orang "biar tayar belakang lari, jangan tayar depan"
hehehe.. aku pernah juga slide tayar depan. takdir tuhan aku masih ok, cuma kawal saja panik bila itu terjadi.dan selebihnya serahkan pada tuhan.dan andai anda pernah mengalaminya dan terlepas.. pasti terasa sekali itu semua seperti keajaiban....
terkenang lagi.
betapa dulu aku mungkin antara rider bukit paling aktif, setiap minggu aku akan naik.. tak peduli apa.. janji aku dapat lepaskan gelodak rasa tu.. menyusuri liku jalan .. cabaran yang tersendiri.. bahaya penuh ghairah.
nak tunggu trackday di sepang curcuit.. alamat berabuk moto sampai hilang skill dibuatnya. dengan kos tinggi untuk kesana, jarang sekali aku mampu, tambahan jarak yang jauh sudah cukup buat tayar aku jadi botak,
dulu kalau selalu ke track pun selalu ke USJ.kat sana lepas geram, kos pun tak tinggi sangat, kira masa tu kena le dengan situasi, dan masa tu selalu pun akan kesana petang jumaat hingga malam hari. bukan berlumba pun, setakat suka suka.
mungkin saat itu saat terbaik aku, saat tu makin ramai kenalan , saat tu biar aku kenang antara saat-saat terbaik aku....
tapi kini..
mungkin masih lagi naik. tapi tidak lagi seperti dulu,mungkin masih lagi nak ke track.. tapi biarkan dulu,
jentera tak sehebat dulu, kawalan tak semanja dulu, kini ia amat liar sekali. sering kali aku terasa bagai hendak dilambung dari motor, betapa sekarang aku sukar sekali memujuknya. semuanya memerlukan banyak perhatian, tayar sporket, suspension , brek. tapi biarlah.. sekarang tak sama macam dulu...
dan mungkin terfikir juga mahu bersara.. tapi mana mungkin aku tinggalkan apa yang aku sayang. dan ini mungkin juga jiwa aku.. terasa damai bila aku diatasnya.. ia selalu memahami aku.. semakin liar untuk aku kawal. tapi sering pinta aku tunggang hingga hujung limitnya..mungkin sekarang aku perlu lebih gantle.
ahhh dunia motor ku.. terkenang sangat-sangat dulu.
bila kawang-kawang selalu minta aku aktif balik ..aku pun tak tahu apa diorang fikirkan.. dan puas aku mengelak, kadang-kadang sebak, kenapa saat ini aku hampir tenggelam.
teringgat minggu lepas, kawan-kawan mintak sangat aku turun untuk race di usj...bukan tak mahu.. tapi biarlah.. aku tak lagi mampu.jentera aku tak lagi macam dulu, aku pun tak boleh terlalu lasak sementara waktu. harap-harap mereka faham.
dan aku tahu.. kalau aku kesitu pun aku hanya akan burukkan keadaan, membahayakan aku..biarlah aku rehat sementara waktu.
esok .. trackday pulak kat sepang.. memang konfirm aku tak pegi.. takkan boleh dgn kondisi motor macam nie. hahaha..
kalau pun esok.. aku cuma akan ke bukit.. jumpa kawan-kawan, lepas kan gian sekejap meratah likux2 jalan dan kalau sempat ke rumah Khayal meriahkan majlis persandingan dia.. hhehheh.. lepas sorang lagi kawan aku...
aku pulak...entahlah.....
tak pun esok aku kerumah kawan.. lepas gian menunggang laju dan pantas.. menunggang penuh ghairah di track terkemuka. menunggan motosikal berkuasa tinggi.. biarpun sebenarnya suma khayalan dalam ps2.. mungkin kurang ghairah dan feelnya. tapi mungkin lebih selamat begitu.
hahahaha..
cuma aku terfikir.. bagaimana nasib dunia motor ku.............
MotoGP 2009 Pusingan 1-Losail Qatar
-
Pusingan pertama MotoGp 2009 akan dilangsungkan di litar Losail,Qatar pada
10-13 mac ini.
perlumbaan pertama yang bakal berlangsung dilitar Losail sepanja...
16 years ago



0 comments:
Post a Comment