IsLaMic PhOTos MotoSpOrt MeDIa LeLAGu ILmiAh Pc WoRld TutoRiaL My HeArtH ChaT RooM AboUt Me


Woiii.. sepah oiii blog nei...

Sori... ade sikit sepah ini blog.. tgh adjustx2 cikit.... baru tambah new winget.. so dlm proses test lagi nei.. buat masa nei.. enjoy new music centre dan music clip......

comin son... new layout with new inspiration...... 
~SeLAMAt DatANg Ke BLoG SaYA~

Selamat Datang Ke Blog saya, beberapa perubahan telah dilakukan dan diharapkan dengan sedikit perubahan ini dapat memenuhi citarasa dan memudahkan anda melayari blog saya.untuk memudahkan anda melawat laman lain sila klik pada link diatas.

"Dalam lemas hiruk kota, dalam seksa gelagak manusia. kadang-kadang kita tak punya teman bicara, sedangkan hati masih ingin berkata-kata. tentang kesakitan, tentang kegembiraan dan tentang pengharapan..."

Al-Quran & Hadith Muslim

Addict to photoshop



Ingat lagi dulu, benda first aku edit ialah gambar meter kereta, masa tu mane lah pandai sangat nak editx2 nei.. cuma masa tu pakai paintshop jer.. so tak terkira berapa lama nyer untuk aku tukar jarum meter tu dari putih ke merah.

ingat gak lagi masa abis sekolah dulu, masa tu keje kat palm garden hotel kat changkat bukit bintang(dah tukar name dgr hotel tu) masa tu camner tah leh lepas jadi graphic artist,

ok.. kalu korang mula nak jinakx2 main photoshop nei.. benda yg korang perlu ambil perhatian adalah layer, bila korang dah biasa.. than korang akan boleh buat banyak benda... itu kunci utama...

dan korang juga jangan malas untuk cari tutorial didalam internet, dengan tu korang boleh tingkatkan lagi kemahiran dan tambah idea serta pengetahuan baru.

dan paling penting.. minat,
bila dah mengadap selalu.. tak pandai gak.. tak tau la.....

ok.. install la photoshop dan start sekarang.

"One Way Ticket To The Blues"

Tak tau le kalu korang penah dengar lagu nei.. maybe yang dah agak berumur ingat sgt pada lagu dari Neil sadaka nei. tapi golongan muda tak berapa ingat malah tak tau kot..

actuly lagu nei dah dinyanyikan oleh ramai penyanyi lain seperti boney M, tapi banyak x2 version, neil sadaka yang popular dengan lagu seperti "u are everything" dan lagu "oh carol" nei gak yg buat aku minat lagu nei...
lagu nei simple, tapi bila dengar aku rassa cam bertenaga jer.. tak caya korang dengar la..... klik kat video pilihan belah kanan tu... sambil tu cuba la ikut nyanyi sekali... besttttttttttt oooo


One Way Ticket To The Blues
Choo, choo train chuggin' down the track
Gotta travel on, never comin' back
Oh, oh got a one way ticket to the blues
Bye, bye love my baby's leavin' me
Now lonely teardrops are all that I can see
Oh, oh got a one way ticket to the blues

I'm gonna take a trip to lonesome town
Gonna stay at heartbreak hotel
A fool such as I that never learns
I cry a tear so well
Choo, choo train chuggin' down the track
Gotta travel on, never comin' back
Oh, oh got a one way ticket to the blues

Oh, oh got a one way ticket to the blues
I'm gonna take a trip to lonesome town
Gonna stay at heartbreak hotel
A fool such as I that never learns
I cry a tear so well
Choo, choo train chuggin' down the track
Gotta travel on, never comin' back
Oh, oh got a one way ticket to the blues
Oh, oh got a one way ticket to the blues
Oh, oh got a one way ticket to the blues


Versi piring hitam

Versi Spanish / Versi korean / Boney M / Shanes

Looking For penulis tamu


Camnei la.. aku ade buat satu blog tu.. tapi bukan sekadar blog.. siap ade file sharing nyer account dan forum.. purpose aritu nak cerita pasal automotive dan motoring nyer review.

mass tu plan dengan member, dan aku buat sungguhx2 sebab minat dan masa tu member ada connection internet.. sampai la .. suddenly.. tak bergerakx2 blog tu lepas aku siapkan.... nak cari bahan pun aku takde ekses.. so camner..
member lak..... senang cakap.. " yg betul-betul minat dan paham jer yang suka blog nei.. kalu tak minat memang takde la" so aku terkapai-kapai.

aku punya rancangan masa panjang untuk blog tu...sbb salah satu purpose kat sharing hosting kita leh simpan file.. contohnya servic manual dan sebagainya.. atleast senang kan nak cari.. dan forum lak tempat kita sama-sama bincang.

mcm nei la.. aku jarang jumpa blog yang ada funtion cam tu.. dan aku keje keras perah otak dan tenaga untuk buat dulu dan aku takmo benda tu tak jalan .. rugi dan aku pun tak suka..

so untuk sesapa yang minat dengan duni pemotoran dan rasa nak jadi salah seorang dari team nei.. boleh la email aku atau pun msg aku.. kita cite camner kita harus buat... janji korang minat dan sanggup kita run la benda tu... tak susah cari bahan .. just copy paste dan kalau boleh aku cuba kekalkan format dalam bahasa melayu.. korang alihbahasa la dulu mane yang perlu.

so senang cakap.. dari hilang baik kita teruskan.. atleast korang salah seorang dari team nei..

tapi bukan senag camtu jer.. atleast kat blog korang ade cikit tunjuk korang minat aku akan tapisx2.. mana yg aku rasa layak akan jadi team.. yang minat tu kira leh jadi penyumbang....

dan lagi pulak... aku kalu leh nak cari team yg ade minat pada satux2 topik.. contoh.. ade yg minat motor sport, ade yg minat auto sport.. tau pasal 4X4 dan sebagainya.. so takle berebut tulis cite yg sama.. memasing leh ambik part penulisan memasing.. kan lebih bagus...

oh yer.. letih taip.. apax2 msg aje aku. atu email jer kat

azuan78@gmail.com

nei link ke blog tu.. actuly lom siap abis.. tinggal sikit.. leh buat kemudian.. masalhnya banyak motospor dah jalan.. kira dah tertinggal nei.. dan banyak review moto dan kereta tak dapat buat... minat jd team.. contact aku.

nak tgk blog tu.. klik kat sebelah.. cari icon merah .. malaysiamotoring..

TQ

Tungguuu..............

bosan -bosan nyer pasal.. nak lak tgh ade ekses tenet nei aku dengan bangganyer cuba nak reformat balik layout page aku.. bukan pe.. kira macam penaik version lain la kan... antara masalah paling aku tak berkenan dengan format lama nei ialah
1- tak berapa kemas
2- cam tak bermaya jer
3- bila post.. panjang yang amat posting tu.
4- entah.. cam tak best jer.. sbb banyak tutorial baru aku dapat belajo
5- ada sesetengah page yg kurang fungsi dan membazir.. ingat nak lupuskan atau hide.

tapi bukan leh siap dalam masa sehari kan... takpe.. slowx2 la.... sambil bukak blog kawanx2 baca-baca gak tutuorial diorang.. best...

takpe lah.. nanti bila dah siap aku naik kan le layouty baru tu.. lagi pun banyak kena buat nei.. kira rombakan besar besaran la kan....

maybe gak aku akan bubuh link-link berani mati kat blog nei.... link politik ker.... baru le ganas cikit.. ahahhaha....

ok sekian dulu.. nak sambung nei.. banyak oo kena wat ....

tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

Sayur untuk Dapur



letih betul nak post takle apa masalah tah blogger nei... jom la tanam sayur, nanti aku post balik

EARTH HOUR , jom sokong



nak post takle apa hal entah.. korang klik jer la banner kat sebelah tu baca dari web rasmi.. hangin aku satu badan.. haiya

My Race team





My race team

Rindu sangat kat kawan-kawan main bukit, lama dah tak jumpa, maklum la masih winter test , lagi pun moto gp blom start lagi, sama la macam kau.. masih bercuti dari naik ke bukit tinggi lagi.
Terkenang balik saat-saat meriah dulu, bagaimana hujung minggu adalah hari yang paling aku tunggu-tunggu. Malam minggu handphone dah start masuk banyak massage bertanyakan program pagi nanti, sambil sepakat tunggu kat lokasi yang dah ditetapkan.
Aku masih ingat lagi hari pertama aku naik ke bukit tinggi 14 januari 2007. Maknanya dah lebih 2 tahun dah pun.
Mula-mula tak paham sangat apa yang seronok sangat , tapi lama-lama aku tau, kat sini lah tempat kita boleh dapat kawan-kawan yang berkualiti dan bagus, satu minat dan hobi yang sama.
Ramai sangat kawan-kawan aku dapat . macam-macam karenah dan kebanyakkan mereka telah pun jadi kawan yang benar-benar rapat dengan aku. Jujur kata dengan mereka aku rasa dihargai dan mereka menghormati dan menerima kehadiran kau..
Kali ni aku terpanggil nak review beberapa orang kawan yang aku rasa amat selesa sekali untuk bersama mereka, dengan mereka aku rasa cukup selesa dan tanpa mereka Kadang-kadang aktiviti hujung minggu aku tak Berapa seronok.
MatSP
Aku mula kenal dengan mamat nei masa aku join forum malaysia biker. Kira senior kat bukit tinggi, mamat nei boleh lah aku anggap sebagai sifu aku. Banyak benda yang dia ajarkan pada aku terutama teknik braking, terkenal dengan late braking nya yang wild dan bahaya, mamat nei ramai gak musuh-musuh peribadinya.heheheh. matSp nei dapat nama dari jentera yang slalu dia gunakan untuk BeRSUkan dan terus melekat sampai sekarang,
Kali pertama aku jumpa mat masa aku tunggu member-member lain untuk naik bukit tinggi di sebuah petrol pump, masa tu dia park moto betul-betul kat sebelah moto aku, dari moto dan gaya dia aku tau dia nei matsp,hari tu pulak dia datang dengan kawan baik dia si WanRR ,dari jauh jugak aku tengok dia dok sibuk belek-belek moto aku. Aku tengok dan jadi Gubra, yerla masa tu dia nei kira senior dan bila senior belek moto mangsanya aku pun jadi la tak keruan. Abis la aku lepas nei,
Lepas bertegur dan kenalkan diri, dia pelawa aku ride sekali, segan pulak tapi pelawaan itu aku terima, dan dari hari tu sampai sekarang kami jadi kawan baik. Dan selalunya ride aku akan bersama dia.
Banyak ilmu dia ajar dan mat juga yang jadi aku punya suppoerter masa main kat litar Speedway, memang teknik membrek amat penting, mat yang menganjar tentang late braking serta trail braking pada aku, dan lepas aplikasikan kat litar teknik tu memang agak liar dan berkesan, Cuma Kadang-kadang takut nak guna.
Kenangan paling manis bila aku sendiri pernah “putus wire” bila turun dari bukit tinggi, dari side mirrow aku tengok mat cuba mengejar aku dari belakang, kebiasaannya kita akan bersifat ghairah masa mula -mula sertai aktiviti bersukan yang xtream nei. Sama gak macam aku, memang masa tu aku tak mahu bagi dia pintas aku. Yerla, kalau aku berjaya halang dia pintas aku secara tak langsung aku akan kalahkan sifu sendiri dan berjaya kalahkan dia, tapi sebab tamak dan kurang pengalaman, mat memintas aku kat selekoh terakhir dan aku sendiri hampir-hampir langgar divider, punah harapan aku hari itu, sampai sekarang aku rasa sikit kecewa.
MatSp nei juga pernah patah kaki sebab main moto nei, masa tu dia masih belajar kat uitm Shah Alam, sekarang dah abis study pun, dah keje bagus dah. Dan moto dia pun pernah hancur sebab highside , biasa la kalu sifu late braking mesti jatuh pasal brek gak kan.
Akhir kata untuk matSp kalu baca blog nei, “moto kau takle dah pakai brembo, sebab tu kau slalu jatuh pasal brek, kau kena tukar brek seramik kete Porsche lak, so brek brembo kau tu dah boleh turunkan kat aku dah”. Heheheh…..

AMIR kawa
Kalau ada sepasang kembar yang bila naik awana bersama atas satu motor dan memang laju, hah.. mamat nama amir dan kembar dia lah tu. Tapi sebab diorang nei bila naik bersama slalu pulak bertelagah. Heheheh…
Amir nei satu group dengan kau dulu, duduk kat PJ, tapi pagi ahad jer mesti muncul. Kira regular awana gak nei.
Amir nei kira rakan seperjuangan yang paling aku selesa. Kalau ride sama-sama kami slalu akan bersaing, tak kira lah kalau dia kat depan atau aku kat depan, walaupun rapat dan Kadang-kadang ganas , aku tetap selesa dengan amir, dia pandai baca cara tunggangan aku dan oleh sebab tu aku rasa selamat , dan dengan amir jugak betapa keras cara tunggangan kami kami masih belum lagi ditimpa sebarang kemalangan bersama. dan sebab itu jugak aku anggap amir member paling safe untuk ride bersama.
Dan kalau le aku nei Lorenzo, kira amir akan jadi rossi , atau kalau aku rossi, amir lak mungkin jadi colin, sebab kami memang selesa bersama.
Tapi itu dulu la, lepas lama aku tak naik bukit tinggi, amir bertambah hebat sekarang, dulu pakai coudura jacket dengan protector aje. Sekarang dia dah pakai racing suit pulak.
Dan bila amir dah pakai racing suit, amir sekarang dah layak kalau nak join MSS, kali terakhir aku ride dengan amir , aku dah tak lagi dapat bersaing dengan dia.
Dari belakang aku Cuma dapat lihat amir meleper dengan gaya ala-ala seorang racer jer lagi. Makin lama, makin sayup aku ditinggalkan. Entah bila lagi aku dapat sparing dengan amir lagi. Mungkin aku kena tukar motor macam amir agaknya. Hehehhe…



Maus..
Aku paling pening dengan budak nei. Hehehe
Kenal dia kat utm dan aku juga yang bawak dia main bukit tinggi sebab dia tunjukkan minat, dan bagi aku dari dia berlumba haram ker hapa ker, baik dia duduk dalam kelompok rider yang betul-betul utamakan keselamatan bila main moto.
Masih lagi study, maus tiba-tiba juga jadi hardcore awana bukit tinggi, dari motor standart, sekarang dah bertukar kepada big bore. Makin lama makin laju, makin lama makin mencabar,
Aku ingatlagi peristiwa maus jatuh kat bukit tinggi, time tu dia sibuk nak kejar motor depan, aku agak risau sebab apa –apa yang bakal terjadi , aku bolehlah dipertanggungjawabkan. Aku cuba dekatkan jarak untuk monitor reaksi dia, namun dia lebih pantas dari aku, sampai di satu selekoh aku dapat lihat sebijik motosikal meluru jatuh ke longkang, dan aku yakin yang jatuh itu maus.
Lega sebab maus selamat, Cuma motor yang agak teruk masa tu. Dari kata lean angle dah terlebih, dan motosikal terus slide ke tepi.
Harap-harap dia jadikan itu iktibar, Walau bagai mana baik sekali pun tayar yang digunakan, kita harus menunggang secara rasional, dan aku juga harap, maus akan terus berjaya dalam pelajarannya. Main moto sekadar hobi, bagus untuk legakan tekanan, namun untuk maus komitmentnya sekarang masih pada pelajarannya.

3 orang kawan-kawan yang paling aku selesa, macam-macam kerenah dan kerana mereka juga aku rindukan masa lalu. Nantikan saje come back aku sedikit masa lagi……
“Hard ride, Safe play”
~Awana bukit Tinggi rider #78~

Layout tak best

Kekadang kan bila belekx2 memember punye blog, aku rasa mc blog aku nei tak menarik, tertrik tak debom langsung la...
rasa cam kalut jer aku punye blog nei , bersepahx2 dah tak tersusun langsung... buat masa nei takde connection ke internet. so takle le wat experiment.
wat masa nei tengah sibuk study html scrip dan cari idea untuk wat layout lain dari lain...

tapi banyak kena buat dan buat masa nei masih study lagi, yerla aku bukan ade background pun pasal segala mende name css, html apa sume nei... berbekalkan minat dan kebosanan aku nanti.. aku cuba la bat..
kalu tetiba kalu korang masuk blog aku tetiba lak ade "This site in maintenance" maksudnyer aku tgh rombak balik le tu kan..

yerla kan... sebab nak tukar layout nei bukan leh terus tukar kan... kena backup post lama aku dulu la.. ade sesape punye tool tak nak mudahkan keje aku..

wat masa nei aku sibuk blajo mcmner nak wat grafic glass dengan pakai photoshop.baru le nampak shining cikit.heheheh...

ok la.. apa aku bebelkan nei entah,,,, sambil sibuk menaip kat bawah lampu kedai mamak nei. kawan aku lak cerita pasal singapore.. mane satu la aku nak layan nei.. adeh.....

ok la.. sayurnara.... nantix2 la sambung lagi.... cauuuuuuuu
 
SpArK78 BloG WoRkshoP  |  Special Thanks to  |  PolItIC TaLk |  TeSt PaGE WoRkShoP |  SpArK78 Media Interactive