23 mei 2008 , setelah lebih kurang hampir 13 tahun manjadi seorang perokok,aku tekak kan nekad untuk berunah
mungkin aku yang padanya hanya suka-suka merokok telah rupanya jadi perokok tegar,bukan setakat tegar, malah lebih dari itu.
sepatutnya sejak dulu aku harus sedar dan berubah..
tapi apapun Alhamdullilah aku diberi kesempatan dan sedikit digerak hati untuk cuba berhenti..satu rahmat yang diberi olehnya. Alhamdullilah..
Dulu bayangkan, masih mampu keluar rumah jam 3-4 pagi semata-mata mencari sebungkus rokok, tak kisahlah apa janji asap itu dapat disedut dalam-dalam sedalam mungkin.. biar sampai kesegenap rongga paru-paru, dan selepas itu otak lebih pantas berfikir, mata pula hilang mengantuknya, dan jadi lebih bertenaga.. satu lagi penipuan pyskologi diri sendiri. semangat yang sengaja diada-adakan.
sampai satu saat bila aku lihat ada kawanx2 yang dapat berhenti, malah ada juga sokongan dari kenalan yang telah buktikanya... aku nekadkan diri untuk ambil langkah berani. kali ini aku cabar diri aku sendiri.
mungkin masih terlalu awal untuk aku boleh katakan aku bebas dari nikotin. tapi terkadang bangga pada diri bila aku mampu pegang pada katax2 aku.
teringat kembali awal mula lawan keinginan yang sekian lama tertanam dalam diri.. ia amat sukar.. terlalu sukar, saat itu mungkin semangat, keinginan dan kuat serta tawakal yang mampu bawa aku kesini hari ini.
aku cuba berhenti dengan sokongan dan nasihat dari pegawai perubatan yang sudi menghulur jasa membantu. dibekalkan dengan ubat yang mampu melawan ketagihan serta vitamin C.. aku mulakan langkah, saat itu jangan ditanya apa yang aku rasakan. perit dan tak mahu aku lalui lagi. mulut selalu aku suapkan dengan apa saja mampu aku capai.. asalkan ia leka mengunyah, hilangkan sebentar rasa ketagiihan itu.
saat paling perit aku raakan apabila aku dalam minggu ke2 dalam proses itu, bila saat itu konposisi kimia dalam tubuh bertindak balas kerana kekurangan nikotin dalam darah..
saat itu badan terasa aneh sekali,fikiran melayangx2 diawangan. bayangkan untuk pegang hand phone saja tangan aku menggigil tak daya.. badan lemah rasa nak tumbang.. aduh hebat penangan ketagihan nie.
dan bayangkan juga kenapa penagih dadah begitu susah untuk berhenti. malah harus kita puji kemampuan mereka yang telah berjaya harunginya...
aku harus ucapkan terima kasih buat ramai orang, buat teman-teman yang bagi dorongon..buat kawan-kawan yang kerap perlekehkan, family yang membantu, dan juga staff perubatan yang tunjuk caranya. buat kawanx2 yang sama-sama cuba berhenti sama - sama tapi gagal, moga-moga masih ada harapan dimasa depan.
Dan bagi aku
esok lusa masih belum pastikan. tapi aku bangga aku telah mulakan langkah..dah doakan aku terus begini..ingin bebas terus dari nikotin.. ubat penenang paling bagus
MotoGP 2009 Pusingan 1-Losail Qatar
-
Pusingan pertama MotoGp 2009 akan dilangsungkan di litar Losail,Qatar pada
10-13 mac ini.
perlumbaan pertama yang bakal berlangsung dilitar Losail sepanja...
16 years ago



0 comments:
Post a Comment