Tidak siapa dapat sangkal akan kepentingan bahasa inggeris, malah siapa pula berani sangkal kepentingan bahasa –bahasa lain seperti bahasa Mandarin, Jepun, Perancis jerman dan sebagainya. Semua bahasa adalah terlalu istimewa sekali. Kerana bahasa digunakan sebagai penghubung bicara antara satu sama lain, malah juga mereka yang tidak dapat mendengar dan bertutur sekali pun punya bahasa mereka sendiri. Ini jelas menunjukkan kepentingan bahasa.
Berhubung dengan isu yang agak panas dibahas dan diperbualkan disana sini, tidak mungkin kita hanya mampu jadi sebagai seorang pendengar sahaja.. malah jika itu lah tindakan kita, boleh kita ini disamakan sebagai seorang yang bisu, namum masih boleh mendengar, hatta mungkin lebih teruk dari mereka yang dilahirkan tidak mampu mendengar dan bertutur.
Sendiri aku tidak Begitu memahami , adakah ini suatu isu nasional yang melibatkan patriotisme atau adakah ini adalah suatu isu politik, namun bagi aku ini berkenaan dengan isu perjuangan memartabatkan sesuatu yang patut dan harus aku banggakan, terpulanglah pada kamu yang tidak mahu ambil tahu akan perkara ini. Bukankah setiap orang itu punya hak mereka sendiri. Namum jika masih mahu berdiam diri, seperti yang aku anggap, itu adalah kamu yang selayaknya.
Dalam pihak pemerintah masih bertegas mahu memartabatkan bahasa inggeris lebih dari bahasa kebangsaan sendiri, aku fikir lebih baik sahaja kita usulkan bahasa kebangsaan kita diganti dari bahasa melayu kepada bahasa inggeris, maka tidak siapa lagi boleh menentang penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik kerana bahasa kebangsaan kini telah bertukar. Bukankah ini adalah idea lebih baik dalam menghalang penggunaan bahasa inggeris dalam 2 mata pelajaran itu.
Atau kita memilih untuk memartabatkan penggunaan bahasa melayu yang suatu ketika dahulu juga dipelajari dan dikuasai oleh penjajah-penjajah inggeris ditanah melayu, malah bahasa melayu ini juga diiktiraf sebagai bahasa terindah bilamana ia digunakan dalam bahasa persuratan kesultanan melayu untuk berhubung dengan penjajah suatu masa dahulu.
Baiklah , mungkin ada yang boleh mempertikaikan Kenyataan ini, mana mungkin bahasa melayu digunakan pada zaman kesultanan melayu.
Benar, bahasa melayu yang digunakan dahulu tidak seperti yang kita gambarakan, saat itu tulisan jawi digunakan menggantikan tulisan rumi, Cuma itu perbezaan ketara, namun bila dibaca ia masih menghasilkan prosa kata yang kita fahaminya sebagai bahasa melayu.
Dan kenapa pula bahasa ini dianggap sebagai bahasa terindah suatu masa dahulu?.
Mungkin anda pernah menonton satu rencana , dimana seorang datuk menerangkan pada cucunya tentang keindahan bahasa melayu ini sendiri, didalam rencana tersebut, sebuah pameran tentang bahasa persuratan melayu ini yang diadakan di kota London seingat aku, menceritakan akan keindahan seni penulisan bahasa melayu itu sendiri, malah para sarjana yang ditemu bual juga bertutur dalam bahasa melayu.
Sedang orang asing mahu bertutur dalam bahasa kita, kita seolah –olah mahu membuang bahasa ini, sudah hilang kah rasa kemelayuan kita, atau ini adalah proses transformasi dalam ketuanan melayu itu sendiri.
Aku tidak arif atau bijaksana dalam bidang berkaitan dengan perkara pokok ini, namun aku sebagai seorang rakyat Malaysia merasa bangga bila aku masih punya bahasa melayu, selain itu aku berdarah bengkahulu, aku juga berbangga kerana masih mampu bertutur dan memahami bahasa Bengkulu itu sendiri, malah sama juga rasanya jika kamu berdarahkan keturunan Jawa, Banjar, Minang, atau apa jua keturunan peranankan kamu. Bangga kerana kamu sendiri punya bahasa yang membezakan kamu dari orang lain.
Begitulah juga kita yang dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang menjujung bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sedarlah bahawa bahasa melayu itu sendiri bukanlah milik bangsa melayu , ia adalah milik bangsa Malaysia tidak kira apa jua kaum. Malah percayalah, orang melayu sendiri sebenarnya amat lemah dalam menguasai bahasa melayu, kerana kita sendiri memikirkan kita telah menguasainya, kerana bahasa melayu ini telah kita gunakan sejak dari hari pertama kita mampu bertutur. Malah rasanya orang bukan berbangsa melayu menguasai bahasa ini lebih baik dalam keputusan peperiksaan , malah orang Asing yang mengkaji dan memahirkan dirinya dengan bahasa melayu memahami lebih mendalam akan sejarah bahasa melayu , malah mampu menguasai bahasa ini lebih baik dari orang melayu yang semakan layu itu sendiri.
Perdebatan dan perbincangan sentiasa diadakan, berbagai pandangan diberikan, perbagai pendirian disuarakan, dan perlulah diingati lagi Walaupun entah yang keberapa kali, tidak siapa dalam gerakan ini mahu menentang dan mempertikaikan bahasa inggeris itu penting, dan tidak siapa dalam gerakan ini yang rasanya tidak mahu anak-anak bangsa Malaysia ini menguasai bahasa inggeris , malah lebih dari itu, biarlah apa jua bahasa yang mampu dipelajari dan dikuasai diambil perhatian mendalam . biarlah anak bangsa Malaysia ini kelak akan ada yang arif dan bidang dalam bahasa lain. Kerana penguasaan bahasa itu sesuatu yang amat indah untuk dikuasai.
Namun persoalannya, mengapa tergamak membuang bahasa melayu dari dua mata pelajaran penting ini, ia adalah tindakan halus yang membunuh bahasa itu sendiri dalam jangka tempoh masa yang panjang, sehingga suatu hari nanti ungkapan-ungkapan yang kita pernah gunakan dalam proses pembelajaran dulu akan dilupai dan lupus dari ingatan.
Memang benar terlalu banyak ungkapan-ungkapan saintifik yang digunakan dalam dua subjek mata pelajaran itu menyukarkan pelajar mengigatinya, ini bukan masalah bahasa rasanya, ini adalah masalah sikap, jika kita tidak mahu menguasai sesuatu subjek itu, gunalah apa jenis bahasa pun. Ia tidak akan diambil peduli, namun jika seseorang pelajar itu minat dan mahu jadi ahli dalam mata pelajaran itu, sendirinya ia akan cuba untuk menguasainya.
Ada yang mempersoalkan , mana mungkin pelajar dapat mengingati sesuatu nama atau ungkapan saintifik yang digunakan jika ia dialih maksud ke bahasa melayu, rasanya tidak perlu kita ungkai persoalan tersebut. Sesetengah ungkapan tertentu biar saja ia dalam bahasa yang lazim digunakan, Cuma jadikan ia satu ungkapan atau ayat standart yang difahami dan digunakan ramai.
Mana mungkin untuk kita ubah suai dan terjemah sesetengah bahasa saintifik kepada bahasa melayu, langkah paling mudah adalah pengekalan satndart itu, adakah perlu ungkapan sains seperti “monoclorodifloromonocarbon” diterjemah kepada bahasa melayu. Ia mungkin adalah langkah paling dangkal jika ia mahu dibuat, maka langkah menjadikan sesuatu bahasa itu standar adalah lebih wajar.
Ungkapan –ungkapan dan nama saintifik mana mungkin dapat ditukar, kerana ia akan terus mengelirukan, namun bahasa perantaraan dalam bahasa melayu menjadi pemangkin yang dapat menjadikan cara pembelajaran itu sendiri lebih mudah dikuasai.
Malah jika saja kita membaca buku –buku berkaitan dengan undang-undang dan bahasa perniagaan sendiri pun, Walau ia ditulis dalam bahasa melayu, ia masih sukar difahami, ini menunjukkan kita sendiri masih lemah menguasai bahasa kebangsaan kita, maka bahasa melayu itu sendiri selayaknya perlu lebih kita kuasai sebelum kita menguasai bahasa inggeris.
Juga ada pendapat yang mengatakan bahawa terlalu sukar mendapatkan buku-buku rujukan dalam bahasa melayu, dan adakah kerana perihal tersebut, kita harus menyelesaikan permasaalahan tersebut dengan cara pengajaran perlulah dilakukan dalam bahasa inggeris, mengapa tidak saja kita sarankan dan cuba mendaulatkan bahasa dengan menerbitkan lebih banyak bahan Rujukan dalam bahasa melayu itu sendiri. Bukankah itu langkah bijak yang bukan sahaja akan menjadikan lebih banyak bahan rujukan dalam bahasa kebangsaan kita sendiri, malah menaikkan lagi reputasi bahasa melayu itu sendiri.
Lupakah kita negara jepun itu amat maju, namun tidak semua mampu menguasai bahasa Inggeris, malah sama juga dengan bangsa jerman , dan perancis, sama ada mereka tidak semua menguasai atau pura –pura tidak memahami dan menguasai, namun mereka maju sekali, mereka masih berpegang pada bahasa kebangsaan mereka , merka berjaya dalam banyak bidang tanpa perlu meletakkan bahasa mereka ditempat kedua selepas bahasa asing, bukan kah itu boleh kita jadikan sebagai landasan untuk maju .
Atau masih mahu kita menjadi maju dengan mengorbankan nilai bangsa dan negara? Menghapus kedaulatan bahasa melayu?.
Maka adakah langkah pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris itu masih relevan?. Bila mana mata pelajaran seperti sejarah, kemahiran hidup dan sebagainya masih diajar dalam bahasa melayu, bukankah ia akan hanya menjadikan pelajar itu lebih keliru, kerana dalam proses pembelajaran standart penyampaian itu perlu ada, supaya setiap subjek itu akan dapat membantu pelajar menguasai subjek lain, malah aku sendiri berpendapat, pengajaran mata pelajaran inggeris itu akan lebih dapat menjadi lebih menarik bila bahasa melayu digunakan untuk menerangkan akan sesuatu perkara yang terlalu sukar difahami, dengan penerangan dalam bahasa melayu, pelajar lebih memahami dan menggingatinya, bila perkara atau persoalan yang tidak difahami diterangkan dalam bahasa inggeris semasa proses pelajar mahu mula menguasai bahasa inggeris, ini akan lebih memburukkan keadaan, samalah seperti bila pelajar aliran kejuruteraan tidak dapat memahami konsep asas sesuatu perkara itu, ia perlulah diberi penerangan dalam cara yang difahami oleh pelajar tersebut, ini akan lebih membantu berbanding menerangkan permasaalahan teknikal tersebut dengan bahasa dan teori yang terlalu komplek sehingga pelajar tidak memahaminya , ini adalah satu kerugian yang jelas , kerana dalam proses pembelajaran, sesuatu bab tertentu yang tertinggal akan menyukarkan pelajar menguasai bab berikutnya.
Dan jika mahu juga dilaksanakan pembelajaran dua mata pelajaran ini juga, adalah lebih bagus jika bahasa inggeris diguna sebagai standart bahasa pembelajaran bermula dari tadika lagi, malah semua subjek mata pelajaran itu harus juga menggunakan bahasa inggeris, supaya ia akan menjadikan kesinambungan antara satu mata pelajaran dengan yang lain. Supaya juga pelajar tidak keliru dengan format dua bahasa yang ingin digunakan ini.
Malah tukarkan juga nama sekolah supaya ia tidak lagi mengelirukan. bilamana nama sekolah dibaca dalam bahasa melayu , namun ia lebih kepada sekolah beraliran inggeris, mungkin jika nama sekolah itu adalah sebelumnya disebut sebagai “SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKAN BATU” tukarkan kepada “ROCK TOWN NASIONAL SECONDARY SCHOOL” maka ia akan tampak lebih hebat. Tukarkan juga lagu sekolah tersebut kepada bahasa inggeris, mungkin lebih bagus jika ia dinyanyikan dalam irama blues, raggea atau county. Dan jika boleh usulkan juga supaya lagu negeri dan lagu kebangsaan itu dialih suara, bukankah kita tidak lagi mahu memartabatkan bahasa melayu itu sendiri.
Aku tidak menentang penguasaan bahasa inggeris sama sekali, aku berbangga bilamana bangsa Malaysia mampu menguasainya, aku juga bangga jika ada ramai antara kita yang menguasai bahasa lain seperti Jepun , perancis dan sebagainya. Masih terlalu samar akan kepentingan penggunaan bahasa inggeris dalam dua mata pelajaran tersebut, dan bagi aku bukan tentang isu bahasa jadi punca untuk maju atau tidak, tetapi kesungguhan . dan dalam mengatasi kelemahan pelajar menguasai sesuatu subjek , jangan ditambah terukkan lagi keadaan yang sedia teruk, satu reformasi cara pembelajaran dan pelajaran perlu dilakukan, cari idea dan penyelesaian yang bijak dalam mengatasi masalah tersebut, tapi dengan menggunakan bahasa inggeris, ia bukan penyelesaian yang bijak, malah dari segi kos, terlalu banyak wang akan digunakan untuk merombak sistem baru cara pelajaran ini, keperluan perlu dibeli, buku teks dan bahan rujukan perlu dibuat semula. ia pembaziran bagi yang mahu berfikir, namun Hasilnya mungkin akan lebih teruk dari sedia ada. Maka ia dilihat sebagai kurang bijak. Adalah lebih bagus jika wang tersebut digunakan untuk manafaat lain dalam bidang pendidikan.
Dalam sebuah akhbar, aku terpanggil untuk sama sama kita renungkan apa yang dikatakan oleh bapak sasterawan negara Dato’ A. Samad said
“Apakah jika kita memperjuangkan bahasa melayu , kita dianggap pengkhianat?. Kita seharusnya dianggap pembela, bukan pengkhianat. Apakah jika kita memperjuangkan bahasa kita, kita dengan mudah saja dianggap orang yang memundurkan bahasa , menolak kemajuaan.
Saya fikir, satu-satunya perjuangan bangsa , adalah perjuangan bahasanya, kalau dia tidak dapat mencintai dan meyakini bahasanya, Maksudnya dia tidak mempunyai hati nurani. Semua bangsa mencintai bahasanya. Kalau boleh mereka ingin memperjuangkan bahasanya sebagai suatu pernyataan kehidupan.”
klik untuk suarakan sokongan anda
MotoGP 2009 Pusingan 1-Losail Qatar
-
Pusingan pertama MotoGp 2009 akan dilangsungkan di litar Losail,Qatar pada
10-13 mac ini.
perlumbaan pertama yang bakal berlangsung dilitar Losail sepanja...
16 years ago



0 comments:
Post a Comment