MuKa DePAn IsLaMic PhOTos MotoSpOrt MeDIa LeLAGu ILmiAh Pc WoRld TutoRiaL ChaT RooM AboUt Me


Music Juke


~SeLAMAt DatANg Ke BLoG SaYA~

Selamat Datang Ke Blog saya, beberapa perubahan sedang dilakukan...kesulitan amat dikesali
"Dalam lemas hiruk kota, dalam seksa gelagak
manusia. kadang-kadang kita tak punya teman bicara, sedangkan hati masih
ingin berkata-kata. tentang kesakitan, tentang kegembiraan dan tentang
pengharapan..."

~SeLAMAt DatANg Ke BLoG SaYA~

Selamat Datang Ke Blog saya, beberapa perubahan sedang dilakukan...kesulitan amat dikesali
"Dalam lemas hiruk kota, dalam seksa gelagak manusia. kadang-kadang kita tak punya teman bicara, sedangkan hati masih ingin berkata-kata. tentang kesakitan, tentang kegembiraan dan tentang pengharapan..."

Akhirnya - Erti Frasa



Akhirnya…..aku temui makna frasa yang lama dulu pernah aku zahirkan…
“Dalam lemas hiruk kota, dalam seksa gelagak manusia, kadang-kadang kita tak punya teman bicara. Sedang hati masih ingin berkata-kata, tentang kesakitan, tentang kegembiraan dan tentang pengharapan…”
Blog ini tidak pernah lagi aku kemaskini.
Bukan jemu.. tapi mungkin telah tiba masa akhirnya aku juga perlu akur seperti yang lain, bahawa sudah sampai masanya tiada lagi yang perlu dikongsi bersama kerana kadang-kadang sesuatu itu lebih layak menjadi rahsia…
Aku cuma manusia biasa… aku juga tak pernah lari dari rasa begitu sepi sekali…. dan punya ribuan suara hati… namun satu masa dulu.. pada siapa lagi mampu aku luahkan, tiada….. aku tak punya langsung teman untuk bicara apa yang aku rasa… dan mungkin disini aku luahkan segalanya….aku tak pernah minta akan ada yang akan setia jadi pembaca…. Aku cuma mahu terus ingati setiap saat bahagia dan derita…..
Lalu aku munulis dan aku abadikan disini.. agar aku takkan pernah lupa…. Tentang semua perasaan yang pernah aku rasa… namun masih terlalu banyak yang perlu menjadi rahsia.. dan aku tidak akan kongsi dengan sesiapa….
Dulu saat aku sendiri.. ketika sakit menanggung rasa.. jari jemari petah menulis setiap nyanyian jiwa…. Agar terhibur rasa dan hilang semua rasa kecewa….aku kongsi setiap saat manis dan gembira dalam hidup ku.. dan andai ada yang sudi membaca.. moga ianya satu khabar gembira kepadanya…. Namun akhirnya aku sedari.. itu semua untuk apa?....yang pasti ianya cuma luahan pengubat jiwa.. penghibur diri sendiri disaaat aku tersiksa……
Dan tentang pengharapan…… pernahkah aku menulis tentang apa yang aku harapkan?........
Saat blog ini lahir…aku buat kerana satu pengharapan….agar aku mampu meluah segala perasaan… namun akhirnya tak satu pun aku mampu luahkan… dan tak satu pun sanggup aku kongsikan….kerana pengharapan mungkin akan terus tinggal harapan….. dan andai aku lakarkan setiap garis perasaan … siapa yang akan mampu gambarkan akan setiap rasa yang takkan mungkin aku dapat luahkan…..
Dan pengharapan lagi… mungkinkah akan dapat terluah…. aku yakin dan percaya.. tiada apa yang mampu aku gambarkan ..semua yang ada cuma rasa gelisah dan sedih yang takkan mungkin tergambarkan….dan itulah hakikatnya satu pengharapan…
Saat itu aku sedari … aku tak pernah punya teman untuk bicara…. kerana disini aku takkan mampu luahkan….memang hati selalu ingin berkata-kata.. kerana aku tak mampu lagi simpan semuanya… disini juga aku cerita tentang kesakitan dan kehilangan dan kadang-kadang tentang kerinduan… aku juga bercerita tentang kegembiraan….sedangkan dihati terlalu banyak cerita dan rahsia aku simpan……
Namun tentang sebuah pengharapan…. Aku tak pernah pasti aku pernah luahkan…… dan aku akan terus simpan kerana ia akan tetap satu pengharapan……

0 comments:

 
SpArK78 BloG WoRkshoP  |  Special Thanks to  |  PolItIC TaLk |  TeSt PaGE WoRkShoP |  SpArK78 Media Interactive