MuKa DePAn IsLaMic PhOTos MotoSpOrt MeDIa LeLAGu ILmiAh Pc WoRld TutoRiaL ChaT RooM AboUt Me


Music Juke


~SeLAMAt DatANg Ke BLoG SaYA~

Selamat Datang Ke Blog saya, beberapa perubahan sedang dilakukan...kesulitan amat dikesali
"Dalam lemas hiruk kota, dalam seksa gelagak
manusia. kadang-kadang kita tak punya teman bicara, sedangkan hati masih
ingin berkata-kata. tentang kesakitan, tentang kegembiraan dan tentang
pengharapan..."

~SeLAMAt DatANg Ke BLoG SaYA~

Selamat Datang Ke Blog saya, beberapa perubahan sedang dilakukan...kesulitan amat dikesali
"Dalam lemas hiruk kota, dalam seksa gelagak manusia. kadang-kadang kita tak punya teman bicara, sedangkan hati masih ingin berkata-kata. tentang kesakitan, tentang kegembiraan dan tentang pengharapan..."

Anak Mihau

semalam pagi aku perasan anak kucing aku semacam.. hari sebelum tu ingat dia selsema jer....
pagi tu aku tgk dia cam muntah.. mulut habis basah dgn cecair cam air campur darah.....
aku ambik dia.. cuba selesakan.. bersihkan mulut, hidung dan mata dia....
dia sakit.. aku kesian,,,,

petang tu aku tgk makin teruk. aku ambik dan letak atas riba.. aku usapx2....aku cuba biarkan dia tido.. kesian si kecil nie.. dia sakit..
aku bancuh cikit glukosa... bagi dia minum cikit. titisx2 dalam mulut dia.. nampak dia cam susah nak teguk....
aku biar dia tido..... letak dalam kotak..
sepamjamh petang tu aku cuba dok dgn dia.. bila aku usap .. nampak dia tido.. aku hilang kejap.. di bangun balik......

malam tu dia bangun.. nampak dia cam lemah.. takpe la.. nanti dia recover detik hati aku.. dia pelan x2 cuba kuar dari tingakp... sian dia.. aku bantu cikit,,,

dia kuar.. ambik angin segar....

dah lewat malam gak..
dia tak masuk lagi dalam bilik. slalu time nie dia dah kat atas monitor..
takpun tgh ajak aku gurau dgn dia.....aku rasa risau...
kuar dan cari dia.....

aku tgk dia ada kat atas batu.. dok diam kat situ sambil pandang aku.....
sian dia.. nape tak masuk lagi.. sini kan sejuk.

aku masukkan dia dalam kotak.. bagi minum air lagi.. selimutkan.. letak sebelah aku.... senang nak lap mulut dia.....

aku leka kejap depan pc.. sedarx2 dia dah tido... cuba usik.. tapi takde respone.... dada je turun naik.....
aku panik.. ahhhh agaknya letih.. dia tido tak sedar apa kot.. bisik hati aku.
aku rsa mihau aku dah teruk.. cuba aku kuatkan hati aku.... sedapkan perasaan....

dah lewat p[agi .. aku gerakkan si kecil.. dia nampak lemah.. bagi minum glokosa sikit.. susah dia nak teguk.. dia sdar tapi nak angkat kepala pun tak larat sangat.....
maybe letih kot....

aku letak dia kat atas meja ujung katil.. senang nak tgk... selimutkan.. letak cikit bekas air kat tepi dia.. nanti dia dahaga.. sian dia...
aku usap cikit.. sambil cakapx2 dgn dia.. hope dia faham......
ari nie dia tak de lompatx2 cam selalu..
aku tau dia sakit..... esok sembuh cepat tau.. tak elok sakit lamax2.. sapa nak teman main kejarx2 nanti...

malam tu aku tinggalkan dia tido , aku tak de kat sebelah dia.. takpe.. esok lusa ada kan.......malam nie rehat tau... cepat sihat nanti.

pagi aku bangun.. tgk kat ujung katil. dia takde dah....dah ok kot.. dah kuar ambik angin.. malam tadi dia tak larat sgtx2.. tapi pagi nie dia dah ok .. dia takde dah kat dlm kotak......

aku terus atas katil sambil mengelamun jauh......macamx2 aku fikir,,, sampai aku terlena balik kejap.

aku bangun dan nak pegi dapur.. letak kaki atas lantai....

.....................................aku diam ... aku dah tak tau nak kata apa....
jantung rasa macam nak pecah.....

anak hihau aku dah takde lagi...
dia betulx2 kat tepi katil.. tempat dia slalu naik.. betul x2 mengadap aku... tapi dia dan kaku........dah tak de nafas lagi.........

aku rasa nak nangis.. tapi aku tahan.. dia dah takde... apa lagi aku boleh buat...
mogax2 kalau tuhan izinkan aku masuk syrga.. biarlah nanti dia ada temankan aku.. buat aku happy cam dia pernah buat..........

aku terkilan..... malam tadi mata dia taklagi bercahaya... aku patut dah tahu... tapi aku cuba sedapkan hati.....
malam tadi dia asyik pandang aku.. aku buatx2 tak tahu.......
malam tadi dia nak aku ambik letak kat sebelah cam selalu...
tapi aku tak tahu..........

pagi nie dia dah kaku...
tak akan mungkin aku buat semua yang dia mahu tu... aku sedih....aku usap dia yang dah kaku....
air mata aku turun.. aku mintak maaf... kalau aku tahu.. aku akan ada dgn kau sampai kau takde...
aku akan buat kau tahu aku sayang kat kau... kau teman baik aku.. kau selalu buat aku heppi.. walaupun kadangx2 kau nakal sangat.. aku tak pernah marah......

lepas nie takde dah kau mengiau kejut aku.. takde dah kau sibukx2 nak dok atas riba aku...
takde dah kau bisingx2 bagi tau kau lapar..... takde dah kau kejarx2 aku satu rumah.....
takde dah aku risau kau tak balikx2....

lepas nie kalau aku tgk luar tingkap ....kau dah takde lagi kat tempat biasa kau duduk.

aku biar sampai air mata aku kering.. aku nak tgk kau puasx2.....
lepas nie aku rindu kan kau...... lepas nie takde sapa lagi terhegehx2 nak buat aku heppy.. takde dah kau yang buat aku gemar, marah .... ketawa.senyum....

lepas nie kalau dah malam ..akau takyah cari kau lagi.. takyah nak risau lagi.. kau takkan balik.... kau dah takde.

aku terkilan sbb kau tak tau aku sayang kan kau... malam tadi aku birakan kau sendir.. kejam sangat aku....

aku cari kain.. balut kau elokx2.....ambil cangkiu dan gali tanah kat dgn tingkap aku.....
aku masukkan kau dalam lubang tu.... pelahnx2 aku kambus.. rasa sedih sgt.. tapi aku kena redha... nanti kau temankan aku kat alam sana ye.. ko teman aku yg baik.... kau tahu bila kau sedih,,, kau tahu bila aku perlu kawan...
kau selalu buat aku senyum tgk gelagat kau....
ingat lagi kecikx2 dulu.... kau slalu suka tido kat sebelah aku.....

suma kalau boleh.. aku nak kau tahu aku sayang kau.. maafkan aku malam tadi biarkan kau kat ujung katil..... aku tak tau kita takkan jumpa lagi... maafkan aku........

~ mihau kecil pengubat lara- terima kasih buat aku gembira ~

2 comments:

Anonymous said...

:(

Anonymous said...

kehilngan org yg kita syg... wat hidup kita kosong.. sedey bila dia tak akan hadir lg dlm hidup kita kn..

 
SpArK78 BloG WoRkshoP  |  Special Thanks to  |  PolItIC TaLk |  TeSt PaGE WoRkShoP |  SpArK78 Media Interactive