MuKa DePAn IsLaMic PhOTos MotoSpOrt MeDIa LeLAGu ILmiAh Pc WoRld TutoRiaL ChaT RooM AboUt Me


Music Juke


~SeLAMAt DatANg Ke BLoG SaYA~

Selamat Datang Ke Blog saya, beberapa perubahan sedang dilakukan...kesulitan amat dikesali
"Dalam lemas hiruk kota, dalam seksa gelagak
manusia. kadang-kadang kita tak punya teman bicara, sedangkan hati masih
ingin berkata-kata. tentang kesakitan, tentang kegembiraan dan tentang
pengharapan..."

~SeLAMAt DatANg Ke BLoG SaYA~

Selamat Datang Ke Blog saya, beberapa perubahan sedang dilakukan...kesulitan amat dikesali
"Dalam lemas hiruk kota, dalam seksa gelagak manusia. kadang-kadang kita tak punya teman bicara, sedangkan hati masih ingin berkata-kata. tentang kesakitan, tentang kegembiraan dan tentang pengharapan..."

"AL-FATIHAH"

"Gugurnya Biker kerana Palestine"

Assalamualaikum, sebenarnya terlalu sebak bagi ramai forumer yang mengikuti siri ride jelajah malaysia untuk tabung palestine anjuran SBM. malah mungkin ini adalah salah satu siri kejadian yang paling menyayat hati, betapa Allah itu menyayangi insan yang dikasihinya, moga-moga ia dijadikan iktibar untuk kita semua,

tiada apa yang boleh lagi dibicarakan , mungkin tidak ada ungkapan yang mampu diluahkan, betapa kami semua masih lagi tersentak dengan kejadian luar batasan kemahuan, rata-rata kami kelu dan masih tidak mampu tuturkan katax2.. cuma didalam hati mengharapkan moga Allah meletak dan merahmati bunga syurga ini yang telah pergi meninggalkan kita sejurus menunaikan hajat terakhirnya, berjihat untuk pembebasan palastine...moga-moga diberikan pahala syahid oleh Allah kepada mereka.

Alfatihah buat Arwahyarham Capt Idris dan anaknya yang telah gugur pada 28 feb 2009 dalam kemalangan di Paka terengganu sejurus selesai mengiringi Gaza ride..berita telah disampaikan di forum lebih kurang jam 4.20 pm hari yang sama.Arwahyarham capt Idris meninggal ditempat kejadian manakala anak nya pula dalam keadaan kritikal. dan kami setia cuba mengikuti perkembangan yang diberikan, lebih kurang jam 6.30 petang yang sama, kami diberitahu pula anak Arwahyarham telah dijemput pulang oleh penciptanya..

jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman nya di Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan. dan marilah kita sama-sama mendokan kesejahteraan roh mereka berdua.. amin...

"dengan perasaan yang termat hiba, sejambak ucapan takziah diucapkan kepada keluargan Arwahyarham, pemergian mereka berdua seumpama gugurnya bunga dari syurga, mereka amat dikasihi oleh maha pencipta dan mereka dipanggil pulang ke pangkuannya selepas tertunai niat terakhir mereka."

Kronologi dari rakan yang bersama mereka, dipetik dari posting oleh TAZDEVIL dalam forum SBM..
~ Arwah adalah SBM members dgn nickname (idrisyusop)
~ Pg tadi arwah tak sempat nak join konvoi dari Kuantan/Kemaman kerana bertugas..
~ Mungkin disebabkan niat arwah yg murni utk menyokong prgm ni, beliau datang juga walaupun just touch down..
~ Kami makan bersama semeja dan rasanya Bang Lanpun ada kat sebelah saya, arwah mkn kat depan saya je..
~ Dari Myden, kami bertiga.. arwah serta arwah anaknya (Z1000), adik saya Sham (CBR 1000RR) dan saya terus blk ke Kerteh..
~ Sampai di Kawasan Bukit Bauk, Dungun, adik saya terovershot dan bergesel dgn kereta honda civic, alhamdulillah kecederaan kenderaan je..
~ Kami sama2 membantu pemandu kereta yg terlibat menukar tayar yg pancit sbb tergesel..
~ Bila semuanya selesai, adik saya bergerak dulu, jadi saya borak le dgn arwah, sesambil nak pakai riding attire..
~ Arwah tak menampakkan sebarang tanda2 ganjil, kami berborak mcm biasa.. cuma dia kata kami bawak laju.. (ye kot..)
~ Memandangkan dah nak sampai destinasi memasing, maka kami membawa haluan sendiri dgn kelajuan biasa..
~ Saya masih nampak kelibat motor arwah masa kat pekan Paka.. saya terus balik ke Kerteh tanpa menoleh kebelakang..
~ Saya juga almost terover shot kat koner yg arwah kena tu, masa blk Sepital tadi, baru perasan, ada mendapan jalan kat situ..
~ Saya dpt panggilan tepon dari adik saya sebaik tiba kat rumah.. dan bergegas ke tempat kejadian..
~ Masa saya sampai, arwah dah meninggal dunia.. arwah dan motonya berada dilorong yg bertentangan.. dan anaknya dahpun dihantar ke klinik Paka dan seterusnya ke hospital Dungun..
~ Menurut saksi yg ada, arwah masih bernyawa selepas terbabas dan meninggal sejurus kemudian..
~ Arwah mengalami kecederaan yg teruk, patah tangan, kaki dan bahu.. serta pendarahan dalaman (bleeding melalui telinga)..
~ Anak arwah juga mengalami kecederaan yg agak sama, keadaan anak arwah masa tu amat kritikal, doktor kata 50/50 chances..
~ Sepatutnya hospital nak transfer anak arwah ke KT, namun tuhan lebih menyayanginya, anak arwah meninggal setelah semua usaha dilakukan utk menyelamatkan beliau..
~ Jenazah kedua beradak ni akan dibawa ke rumah arwah di Kerteh, sebelum dibawa pulang ke kampung halaman arwah di Solok Duku, Masjid Tanah utk dikebumikan..
~ Ada beberapa gambar dari hempon saya (betoi ni, camera hempon), nanti saya filter dan tgk mana yg sesuai utk disiarkan..
~ Rasanya tu je kot, akhirnya.. marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah utk kedua arwah ini, semuga rohnya ditempatkan bersama2 org yg beriman.. Amin..
~Anak Arway tido dengan helmet sbb nak ikut Arwah Capt ride.. rupe-rupenyer tanda dia nak pulang.
~cerita dari rakan yg ikut ride. walaupun hari tu camera dah kat Arwah, tapi takde satu gambar arwah pun yang dapat dirakam.. masyallah.
~sblm arwah kemalangan, dia sempat tolong seorang pakcik tukar tayar kereta, dn nak jadi cerita, pakcik tu yang ajar Arwah mengucap...

1 comments:

tm said...

bang... sila betulkan jenayah ke jenazah ..... mengenai capt idris... len mcm je bunyik.

spelling error.

 
SpArK78 BloG WoRkshoP  |  Special Thanks to  |  PolItIC TaLk |  TeSt PaGE WoRkShoP |  SpArK78 Media Interactive