MuKa DePAn IsLaMic PhOTos MotoSpOrt MeDIa LeLAGu ILmiAh Pc WoRld TutoRiaL ChaT RooM AboUt Me


Music Juke


~SeLAMAt DatANg Ke BLoG SaYA~

Selamat Datang Ke Blog saya, beberapa perubahan sedang dilakukan...kesulitan amat dikesali
"Dalam lemas hiruk kota, dalam seksa gelagak
manusia. kadang-kadang kita tak punya teman bicara, sedangkan hati masih
ingin berkata-kata. tentang kesakitan, tentang kegembiraan dan tentang
pengharapan..."

~SeLAMAt DatANg Ke BLoG SaYA~

Selamat Datang Ke Blog saya, beberapa perubahan sedang dilakukan...kesulitan amat dikesali
"Dalam lemas hiruk kota, dalam seksa gelagak manusia. kadang-kadang kita tak punya teman bicara, sedangkan hati masih ingin berkata-kata. tentang kesakitan, tentang kegembiraan dan tentang pengharapan..."

My Race team





My race team

Rindu sangat kat kawan-kawan main bukit, lama dah tak jumpa, maklum la masih winter test , lagi pun moto gp blom start lagi, sama la macam kau.. masih bercuti dari naik ke bukit tinggi lagi.
Terkenang balik saat-saat meriah dulu, bagaimana hujung minggu adalah hari yang paling aku tunggu-tunggu. Malam minggu handphone dah start masuk banyak massage bertanyakan program pagi nanti, sambil sepakat tunggu kat lokasi yang dah ditetapkan.
Aku masih ingat lagi hari pertama aku naik ke bukit tinggi 14 januari 2007. Maknanya dah lebih 2 tahun dah pun.
Mula-mula tak paham sangat apa yang seronok sangat , tapi lama-lama aku tau, kat sini lah tempat kita boleh dapat kawan-kawan yang berkualiti dan bagus, satu minat dan hobi yang sama.
Ramai sangat kawan-kawan aku dapat . macam-macam karenah dan kebanyakkan mereka telah pun jadi kawan yang benar-benar rapat dengan aku. Jujur kata dengan mereka aku rasa dihargai dan mereka menghormati dan menerima kehadiran kau..
Kali ni aku terpanggil nak review beberapa orang kawan yang aku rasa amat selesa sekali untuk bersama mereka, dengan mereka aku rasa cukup selesa dan tanpa mereka Kadang-kadang aktiviti hujung minggu aku tak Berapa seronok.
MatSP
Aku mula kenal dengan mamat nei masa aku join forum malaysia biker. Kira senior kat bukit tinggi, mamat nei boleh lah aku anggap sebagai sifu aku. Banyak benda yang dia ajarkan pada aku terutama teknik braking, terkenal dengan late braking nya yang wild dan bahaya, mamat nei ramai gak musuh-musuh peribadinya.heheheh. matSp nei dapat nama dari jentera yang slalu dia gunakan untuk BeRSUkan dan terus melekat sampai sekarang,
Kali pertama aku jumpa mat masa aku tunggu member-member lain untuk naik bukit tinggi di sebuah petrol pump, masa tu dia park moto betul-betul kat sebelah moto aku, dari moto dan gaya dia aku tau dia nei matsp,hari tu pulak dia datang dengan kawan baik dia si WanRR ,dari jauh jugak aku tengok dia dok sibuk belek-belek moto aku. Aku tengok dan jadi Gubra, yerla masa tu dia nei kira senior dan bila senior belek moto mangsanya aku pun jadi la tak keruan. Abis la aku lepas nei,
Lepas bertegur dan kenalkan diri, dia pelawa aku ride sekali, segan pulak tapi pelawaan itu aku terima, dan dari hari tu sampai sekarang kami jadi kawan baik. Dan selalunya ride aku akan bersama dia.
Banyak ilmu dia ajar dan mat juga yang jadi aku punya suppoerter masa main kat litar Speedway, memang teknik membrek amat penting, mat yang menganjar tentang late braking serta trail braking pada aku, dan lepas aplikasikan kat litar teknik tu memang agak liar dan berkesan, Cuma Kadang-kadang takut nak guna.
Kenangan paling manis bila aku sendiri pernah “putus wire” bila turun dari bukit tinggi, dari side mirrow aku tengok mat cuba mengejar aku dari belakang, kebiasaannya kita akan bersifat ghairah masa mula -mula sertai aktiviti bersukan yang xtream nei. Sama gak macam aku, memang masa tu aku tak mahu bagi dia pintas aku. Yerla, kalau aku berjaya halang dia pintas aku secara tak langsung aku akan kalahkan sifu sendiri dan berjaya kalahkan dia, tapi sebab tamak dan kurang pengalaman, mat memintas aku kat selekoh terakhir dan aku sendiri hampir-hampir langgar divider, punah harapan aku hari itu, sampai sekarang aku rasa sikit kecewa.
MatSp nei juga pernah patah kaki sebab main moto nei, masa tu dia masih belajar kat uitm Shah Alam, sekarang dah abis study pun, dah keje bagus dah. Dan moto dia pun pernah hancur sebab highside , biasa la kalu sifu late braking mesti jatuh pasal brek gak kan.
Akhir kata untuk matSp kalu baca blog nei, “moto kau takle dah pakai brembo, sebab tu kau slalu jatuh pasal brek, kau kena tukar brek seramik kete Porsche lak, so brek brembo kau tu dah boleh turunkan kat aku dah”. Heheheh…..

AMIR kawa
Kalau ada sepasang kembar yang bila naik awana bersama atas satu motor dan memang laju, hah.. mamat nama amir dan kembar dia lah tu. Tapi sebab diorang nei bila naik bersama slalu pulak bertelagah. Heheheh…
Amir nei satu group dengan kau dulu, duduk kat PJ, tapi pagi ahad jer mesti muncul. Kira regular awana gak nei.
Amir nei kira rakan seperjuangan yang paling aku selesa. Kalau ride sama-sama kami slalu akan bersaing, tak kira lah kalau dia kat depan atau aku kat depan, walaupun rapat dan Kadang-kadang ganas , aku tetap selesa dengan amir, dia pandai baca cara tunggangan aku dan oleh sebab tu aku rasa selamat , dan dengan amir jugak betapa keras cara tunggangan kami kami masih belum lagi ditimpa sebarang kemalangan bersama. dan sebab itu jugak aku anggap amir member paling safe untuk ride bersama.
Dan kalau le aku nei Lorenzo, kira amir akan jadi rossi , atau kalau aku rossi, amir lak mungkin jadi colin, sebab kami memang selesa bersama.
Tapi itu dulu la, lepas lama aku tak naik bukit tinggi, amir bertambah hebat sekarang, dulu pakai coudura jacket dengan protector aje. Sekarang dia dah pakai racing suit pulak.
Dan bila amir dah pakai racing suit, amir sekarang dah layak kalau nak join MSS, kali terakhir aku ride dengan amir , aku dah tak lagi dapat bersaing dengan dia.
Dari belakang aku Cuma dapat lihat amir meleper dengan gaya ala-ala seorang racer jer lagi. Makin lama, makin sayup aku ditinggalkan. Entah bila lagi aku dapat sparing dengan amir lagi. Mungkin aku kena tukar motor macam amir agaknya. Hehehhe…



Maus..
Aku paling pening dengan budak nei. Hehehe
Kenal dia kat utm dan aku juga yang bawak dia main bukit tinggi sebab dia tunjukkan minat, dan bagi aku dari dia berlumba haram ker hapa ker, baik dia duduk dalam kelompok rider yang betul-betul utamakan keselamatan bila main moto.
Masih lagi study, maus tiba-tiba juga jadi hardcore awana bukit tinggi, dari motor standart, sekarang dah bertukar kepada big bore. Makin lama makin laju, makin lama makin mencabar,
Aku ingatlagi peristiwa maus jatuh kat bukit tinggi, time tu dia sibuk nak kejar motor depan, aku agak risau sebab apa –apa yang bakal terjadi , aku bolehlah dipertanggungjawabkan. Aku cuba dekatkan jarak untuk monitor reaksi dia, namun dia lebih pantas dari aku, sampai di satu selekoh aku dapat lihat sebijik motosikal meluru jatuh ke longkang, dan aku yakin yang jatuh itu maus.
Lega sebab maus selamat, Cuma motor yang agak teruk masa tu. Dari kata lean angle dah terlebih, dan motosikal terus slide ke tepi.
Harap-harap dia jadikan itu iktibar, Walau bagai mana baik sekali pun tayar yang digunakan, kita harus menunggang secara rasional, dan aku juga harap, maus akan terus berjaya dalam pelajarannya. Main moto sekadar hobi, bagus untuk legakan tekanan, namun untuk maus komitmentnya sekarang masih pada pelajarannya.

3 orang kawan-kawan yang paling aku selesa, macam-macam kerenah dan kerana mereka juga aku rindukan masa lalu. Nantikan saje come back aku sedikit masa lagi……
“Hard ride, Safe play”
~Awana bukit Tinggi rider #78~

1 comments:

Anonymous said...

haha.. thanks abg wan.. t ade mase kte nek lg sme2 ye..

 
SpArK78 BloG WoRkshoP  |  Special Thanks to  |  PolItIC TaLk |  TeSt PaGE WoRkShoP |  SpArK78 Media Interactive